Resipi Kek Gula Hangus




Kek Gula Hangus
Sumber : Pn. Halimah

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila last kekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja.
Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

gambar lom sempat upload...hehehe.Selamat mencuba.

Kek Pandan Layer


Ceri yg segar.



Ini Bahan2 yg digunakan untuk buat black forest.

kek Black Forest



Jom makan2.....Buat kek untuk adik yg suka kek ni.