Penyampian Anugerah Kecemerlangan



19/11/11 -Hari ila menerima hadiah dari sekolah Agama.Tahniah anakku.

Agar-agar Gula Merah



Agar-Agar Gula Merah
Bahan-bahan ( 8 inchi bulat )
· 1 peket (13g) Agar-agar serbuk
· 150g Gula Merah/Palm serbuk -aku guna gula anau 1 kpg
· 150g Gula Pasir
· 1150ml Air
· 150ml Santan (kurangkan jika mahu 2 lapisan)-guna susu kotak fullcream
· 2 biji Telur (di pukul dgn Susu)-bland jer
· 1 helai Daun Pandan - koyak & simpul
Cara-cara
1. Rebus agar2 & air sehingga menggelegak.
2. Masukkan gula & daun pandan. Masak sehingga gula hancur.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan telur & susu. Kacau supaya tidak bergentel & masak sekejap sekali menggelegak.
4. Angkat & tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dlm fridge.

Hujung Minggu terasa nk makan agar-agar pulak,anak2 pun suka..apa lagi mula lah surf dkt web...akhirnya mintak resipi ni dkt adik..tq ateh..best sangat.Aku guna gula anau(mcm gula melaka)org negeri panggil gula anau.

Agar-Agar Santan



Agar-Agar Santan
Bahan-bahan ( loyang besar )
· 1 peket agar-agar bertali (25gm)
· 1.5 liter air
· 5 cawan santan
· 180g gula pasir (bg yg suka manis bleh tambahkan lagi)
· 1 biji putih telur
· 1/2 sudu kecil garam
· 1 sudu kecil esen vanila
· 2 helai daun pandan
· pewarna hijau
· gula batu lbh kurang2cm x 2cm
Cara-cara
1. Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan air dan daun pandan yg disimpul hingga mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula batu, pewarna hijau, esen vanila dan garam kemudian kacau rata.
3. Tuangkan santan dan sementara menunggu ia mendidih, pukul telur putih sehingga kembang.
4. Apabila telah mendidih, tutup api, dan tapiskan kedalam loyang. Segera tuangkan putih telur yg sudah kembang tadi kedalam loyang berisi agar2, kacau laju dan rata lebih kurang 5 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam peti ais... Enak dimakan ketika musim panas...

Rendang Daging



project hujung mingguku....resipi dari kawan ku endang.Terima kasih berbanyak akhirnya menjadi juga rendangku ini.

Rendang Minang (endang /yet)

1kg = 4 biji kelapa (santan)
Kunyit
Halia
Lengkuas
Bawang putih 7 biji
Bawang Merah 15 biji
Buah Pala 2 biji
Buah Keras 2 biji
Kayu Manis
Jintan putih 1 sudu kecil
Ketumbar 1sudu besar

Serai (blh titik atau blend),Daun Limau purut,Daun Salam,
Daun Kunyit.

Cara:

Masakkan rempah yg telah diblend tadi dgn santan,n then
tunggu santan agak kurang sikit sikit baru masuk daging,
bila half masak boleh lah tambah kerisik jika suka.
Masukan Serai,daun limau purut,daun
salam,daun kunyit.
Masak sampai kering,memang lama lah nk mengacau
Lenguh juga tangan..Selamat mencuba.

Ice Blended Oreo

Gambar blum tp ice blended ni best.

Ice Blended Oreo
Bahan-bahan ( 1 ~ 2 hidangan )
· kiub ais
· oreo
· susu pekat
· Milo
· air masak
Cara-cara
1. Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan).. Kemudian tuangkan sedikit air. jgn terlalu byk, nanti jadi cair sangat ice-blended tu.
2. Kemudian letak dlm 4 keping oreo yg sudah dipatah-patah jadi kepingan kecil ke dalam blender..boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.
3. Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dlm blender...kemudian Blend lah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap utk dihidang.

Agar-agar Koktel




Agar-agar koktel

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
· 10g serbuk agar-agar
· 1.5 liter air(5-6 gelas)
· 100ml(1/2 cwn) susu cair
· 200g gula
· 1 tin besar koktel
· 2 helai daun pandan
Cara-cara
1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais

Hari-hari cuti masa ni lah nk buat makan2 tuk anak-anak.sentiasa harap anak suka.

Puding



Puding Roti
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
· 4 keping roti, disapu mentega
· 450ml susu segar
· 3 biji telur
· 25g gula
· 1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan
Tq hanis..sodap puding ni.